suria

Amaran Bakar Papan Tanda Selamatkan Anwar

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Selangor Datuk Jamal Md Yunos memberi amaran akan membakar papan tanda Selamatkan Anwar sekiranya ia masih tidak diturunkan dalam masa 7 hari.

Menurut beliau, papan tanda berkenaan jelas melanggar undang-undang dan menghina keputusan mahkamah dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Amaran itu ditujukan kepada pihak terlibat termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali.

Dalam bantahan di Jalan Memanda 1, Ampang petang tadi, Datuk Jamal menampal kain rentang tertera ayat bantahan di atas sebuah papan tanda Selamatkan Anwar sebagai simbolik amaran agar papan tanda itu segera diturunkan.

Bakar Papan Tanda, Anwar Ibrahim

Artikel Lain