suria

Pelajar UMT Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tok Jembal

KUALA NERUS: Seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dikhuatiri lemas, manakala seorang lagi rakannya berjaya diselamatkan selepas mereka dikatakan mandi manda di Pantai Tok Jembal, di sini, petang Rabu.

Mangsa Isabassri Ishak, 21, yang berasal dari Perak dipercayai hilang selepas dipukul ombak besar manakala rakannya, Mohamad Nazri Mohamed, 21, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berjaya diselamatkan orang ramai yang menyedari insiden tersebut.

Kedua-dua pelajar jurusan Pengurusan Maritim UMT itu dipercayai mandi bersama-sama di pantai berkenaan kira-kira jam 6.30 petang, manakala seorang lagi rakan mereka berada di darat untuk menjaga pakaian.

Ketika sedang mandi, Isabassri dikatakan secara tiba-tiba hilang ditarik ombak manakala Mohamad Nazri berjaya ditarik dari pantai oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Timbalan Pengarah Bomba Negeri Sharikan Bustaman berkata, "Anggota penyelamat termasuk unit selam skuba digerakkan dalam operasi mencari mangsa melibatkan kawasan melebihi satu kilometer dari kawasan kejadian," katanya.

Artikel Lain