Dalam kenyataan di sini, Sabtu, Guan Eng berkata beliau yakin bahawa tidak ada sebarang unsur amalan rasuah dalam isu pembelian rumah berkenaan yang cuba dikaitkan dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis, di sini.
Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta untuk membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.
Shabudin turut meminta SPRM untuk menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
Katanya beliau tidak pernah disoal siasat oleh SPRM berhubung penyewaan rumah sebanyak RM5,000 sebulan sebelum beliau membelinya.
Sementara itu, Guan Eng ketika ditemui selepas majlis pelancaran alat Defibrilator Luaran Automatik di Taman Botani, di sini berkata beliau bersedia untuk memberi penjelasan berhubung isu itu di Parlimen jika diberi peluang berbuat demikian.