suria

Azmin: Mengapa Kecoh Dengan Iklan #BebasAnwar?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kebimbangan berhubung kontroversi papan iklan #BebasAnwar hingga mencetus kekecohan di negeri ini.

Menurut Azmin beliau ingin tahu mengenai kesalahan yang ditimbulkan dengan pemasangan papan iklan itu.

"Mengapa takut kepada papan iklan? Ia tidak menyebabkan apa-apa masalah atau jenayah.

"Adalah lebih baik jika arahan dikeluarkan untuk membendung jenayah seperti kes ragut dan serangan yang semakin meningkat.

"Apabila ekonomi menghadapi kemerosotan, kadar jenayah boleh meningkat. Polis perlu menggembleng tenaga untuk memerangi jenayah kerana ia adalah satu isu besar, bukannya memberi tumpuan kepada papan iklan," kata Azmin.

Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di Twitter menyeru pihak berkuasa tempatan di Selangor untuk menurunkan papan iklan provokatif.

Khalid berkata, kata-kata di papan iklan yang menggambarkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik boleh dianggap sebagai hasutan dan mengelirukan rakyat.

Azmin Ali

Artikel Lain