Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perdana menteri juga turut mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya meningkatkan lagi tahap pemerhatian, ketelusan dan akauntabiliti.
Beliau berkata kerajaan amat bimbing dengan laporan bahawa sejumlah RM100 juta dana kerajaan kemungkinan diseleweng daripada KBS.
"Rasuah merupakan musuh yang perlu kita perangi di negara ini dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Pegawai kanan berusia 56 tahun itu bersama lapan individu lain termasuk seorang wanita, ditahan SPRM kerana disyaki mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.