suria

Pemandu Maut, Lori Terbalik Dalam Parit

MANJUNG: Seorang pemandu maut selepas lori tangki yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di simpang tiga Gelong Pepuyu, Kampung Tengah Beruas, kira-kira 60 kilometer dari sini, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Mohd Azrul Idris, 30, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit dan cedera di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata lori tangki yang membawa muatan cecair kalsium nitrat itu dari arah Gelong Pepuyu menuju ke Beruas.

"Sebaik tiba di simpang tiga Gelong Pepuyu, tayar bahagian tengah di sebelah kiri lori itu dipercayai pecah secara tiba-tiba.
 "Mangsa gagal mengawal kenderaan berat itu sebelum terbabas ke dalam parit dan terbalik," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Tengku Mohd Zailan berkata, bagaimanapun kelindan lori berkenaan yang berusia 23 tahun hanya mengalami luka ringan.

Artikel Lain