Beliau berkata apabila pengisytiharan itu diumumkan, Jawatankuasa Mengatasi Teknikal El Nino dan Cuaca Kering yang dianggotai pegawai kementerian serta pelbagai agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan berbincang sama ada sekolah akan ditutup.
"Keputusan penutupan sekolah tidak boleh dibuat sebarangan. Hanya dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi dan nasihat Kementerian Kesihatan.
"Data tersebut akan diberi kepada semua jawatankuasa terlibat setiap hari pada pukul 4 petang dan terpulang kepada Kementerian Pendidikan untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan CyberSecurity Malaysia 2015, di sini Selasa.
Menyentuh tentang ancaman siber, beliau berkata bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini sebanyak 844 kes pencerobohan siber dan penipuan dicatatkan yang menyaksikan penurunan berbanding 1,201 kes bagi tempoh Januari hingga Februari tahun lepas.