Ketua Polis Negara menulis di Twitter bahawa suspek ditahan selepas Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman menyerbu sel-sel pengganas berkaitan IS di seluruh negara.
"Syabas Caw Khas E8 @PDRMsia Bukit Aman gempur sel-sel berkaitan IS mulai semalam.
"Tangkap 13 orang dan rampas dokumen-dokumen IS," katanya di laman sosial melalui akaun Twitter @KBAB51 pada Khamis.