suria

Kanak-Kanak 6 Tahun Bersedia Main Piano Di Royal Albert Hall, London

Yaashinii bersedia untuk bermain piano di Royal Albert Hall, London, Isnin ini.

SEPANG: Menyorong beg pakaian warna merah jambu terangnya di lapangan terbang, kanak-kanak berusia enam tahun, Yaashinii Kalai Vasudavan, sudah tidak sabar menaiki pesawat ke London kerana ini merupakan kali pertama dia akan berkunjung ke England.

Pemain piano muda Malaysia ini yang memenangi hadiah utama pertandingan piano kategori junior, pertandingan muzik antarabangsa Grand Prize Virtuoso, akan membuat penampilan pertamanya di Royal Albert Hall, London pada Isnin.

"Saya teruja untuk bermain piano 'Big Red' Elton John," kata Mashinii, sambil menambah merah juga menjadi warna kegemarannya.

Ditanya sama ada dia gementar membuat persembahan di hadapan ramai orang, pelajar Tahun Satu itu dengan yakin berkata 'tidak'.

Yaashinii, yang tinggal di Perth dengan ibu bapanya dari Malaysia mula bermain piano ketika berusia tiga tahun dan baru-baru ini mula belajar piano gred tujuh.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan