Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kawasan yang diterajui bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang telah dipecat dan kini menjadi Adun Bebas, juga sering dibelenggu masalah kebersihan dan keselamatan.
"Disebabkan kegagalan wakil rakyat berkenaan, ramai rakyat yang kejar anggota Parlimen untuk memohon bantuan, malah ada juga yang pergi sehingga ke Shah Alam berjumpa dengan Adun lain.
"Oleh itu, kita melantik seorang penyelaras Dun Pelabuhan Klang untuk menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya," kata Mohamed Azmin kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Dun Pelabuhan Klang di sini.
Azmin turut memberi jaminan kepada seluruh pengundi kawasan berkenaan bahawa tahap kebersihan dan keselamatan akan menjadi keutamaan kerajaan negeri selain menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan terbabit.