suria

Media Sosial Kecoh Dengan 'Nilai Banglo Guan Eng'

PETALING JAYA: Media sosial kecoh dengan video Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu pemberita bahawa beliau tidak tahu tentang nilai rumah banglo yang dimilikinya.

Keadaan ini telah menyebabkan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tajuk muka depan akhbar The Star edisi utara  'CM: No idea of Value' (Tak Tahu Nilai - Ketua Menteri) adalah 'tidak tepat' dan bermotifkan politik.

Bagaimanapun beliau mengakui tiada apa yang salah dengan kandungan laporan tersebut.

Video itu datang dari laman Facebook Buletin Mutiara, yang diterbitkan dua kali seminggu oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, dalam postingnya pada 20 Mac.

Dalam video itu, ketika sidang akhbar di banglo kelas menengah Guan Eng di Jalan Pinhorn, wartawan menyebut tentang dakwaan harga pasaran hartanah itu adalah RM6.5 juta.

Menurut laporan sebelum ini, Guan Eng berkata, pemilik telah menawarkannya untuk menjual rumah itu pada harga RM2.8 juta pada tahun 2012, tetapi tidak membelinya kerana tidak pasti sama ada beliau akan dipilih dalam pilihan raya umum atau sebaliknya.

Guan Eng berkata pemilik telah bersetuju untuk mengekalkan harga itu berdasarkan persefahaman bersama isterinya Betty Chew.

Wartawan kemudian merujuk kepada persefahaman pada tahun 2012 apabila ahli parlimen itu mencelah, menyatakan ia adalah 'persefahaman lisanlah'.

Video itu kemudian menunjukkan wartawan bertanya kepada Guan Eng sama ada itu adalah tindak balas kepada dakwaan-dakwaan, sebelum ketua menteri berkata:

"Oleh kerana anda tahu, saya bukan seorang ejen hartanah, saya tidak akan tahu berapakah harganya. Tetapi itu adalah persefahaman lisan," kata Guan Eng

Chin Tong mendakwa bahawa Guan Eng 'tidak pernah berkata beliau tidak tahu nilai rumahnya'.

Artikel Lain