suria

Adakah Kemungkinan DUN Sarawak Dibubarkan Esok?

Adnan (kiri) dan Masing.

KUCHING: Menurut sumber dalaman Barisan Nasional (BN), pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka pada Khamis kemungkinan akan ditangguhkan.

Pendapat mengatakan bahawa lebih cepat pilihan raya diadakan,  lebih baik untuk BN.

Walau bagaimanapun, pertikaian di antara SUPP dan parti serpihan UPP yang telah lama wujud dilihat serupa dengan pergolakan di antara SPDP dan Teras yang boleh menyebabkan kerosakan.

Tan Sri James Masing, presiden PRS yang merupakan parti kedua terbesar Barisan di Sarawak selepas PBB (diketuai oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem ) percaya hari pengundian akan berlangsung pada Mei ini.

"Tekaan saya hari penamaan calon pada bulan April, dengan pengundian pada bulan Mei. Hanya selepas SUPP dan SPDP menyelesaikan masalah barulah Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan pilihan raya," jelasnya kepada The Star pada Selasa.

Sebagai ketua parti komponen BN, beliau melahirkan kekecewaan dan rasa tidak senang dengan pergolakan itu.

"Ia akan menjadi lebih baik jika mereka berhentikan saling mempertikai, malah lebih kompromi yang membolehkan kita berjuang sebagai sebuah masyarakat," kata Masing.

SUPP-UPP berhasrat untuk bertanding di kawasan bandar yang dikuasai oleh DAP Sarawak lebih kurang satu dekad.

Pada masa ini, UPP kelihatan mempunyai kelebihan kerusi, kerana ia mempunyai lebih penyandang daripada SUPP. 

Pemerhati berkata semakin lama pertikaian berlarutan, semakin merosakkan peluang SUPP.

Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian berkata: "Apa yang perlu dilakukan dan yang perlu dikatakan semuanya telah dilakukan dan dikatakan. 

"Pengundi-pengundi sekarang tahu apa yang dipertaruhkan. Ia adalah masa untuk mereka untuk membuat keputusan dan memilih," kata Dr Sim.

Awal minggu ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Adenan boleh menasihati Gabenor Tun Abdul Taib Mahmud untuk membubarkan Dewan semasa mesyuarat  pra-Kabinet mereka yang dijadualkan pada Khamis.

Minggu lalu Adenan memberitahu pemberita beliau akan memuktamadkan senarai calon menjelang akhir bulan ini.

Artikel Lain