suria

Laporan Dana Dari Arab Saudi Dedah Laporan Berat Sebelah WSJ

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: The Wall Street Journal (WSJ) kali pertama pada Khamis mengakui bahawa sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang didermakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, datang dari Arab Saudi.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, hampir setahun WSJ menafikan bahawa dana itu datang dari Arab Saudi dan menyerang semua pihak yang mencadangkan sebaliknya. 

Ini termasuk Peguam Negara, selepas menyemak siasatan menyeluruh dan meneliti semua bukti termasuk pemindahan wang secara elektronik dan temu bual dengan keluarga kerabat diraja, mengesahkan bahawa dana itu merupakan derma daripada keluarga kerabat diraja Arab Saudi, katanya dalam kenyataan pada Khamis malam.

Beliau berkata, sama ada pengesahan daripada pihak berkuasa Malaysia yang sah atau Menteri Luar Arab Saudi mahupun saluran bereputasi seperti BBC dan Daily Telegraph, sudah cukup untuk membuat WSJ menghentikan serangan atau penafian bahawa sebarang dana telah datang dari Arab Saudi.

"Ini mendedahkan laporan berat sebelah WSJ dan jelas bahawa liputan mereka tidak didorong oleh keinginan saksama bagi menampung fakta. Sebaliknya, laporan akhbar itu berdasarkan maklumat palsu yang disalurkan oleh Tun Mahathir menerusi kempen anti-Najib.

"Mungkin rasa malu mereka yang menghalang mereka daripada menerima fakta dengan sepenuhnya. Sama dengan perdana menteri yang sentiasa mengekalkan pendirian bahawa dana itu adalah derma dari Arab Saudi - sebagai bukti menunjukkan," katanya.

Walau bagaimanapun, hari ini adalah satu langkah kecil ke arah WSJ mengakui  bahawa mereka telah silap selama ini dan mereka silap untuk bersandarkan laporan mereka berdasarkan sumber-sumber yang tidak dinamakan dan tanpa nama yang tidak pernah didedahkan dan mungkin tidak wujud, katanya. - Bernama

WSJ

Artikel Lain