Menurut jurucakap stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, ketika dihubungi Bernama berkata kawasan Kota Kinabalu mencatatkan IPU 60, Keningau (58), Tawau (23) dan Sandakan (22).
Jurucakap berkenaan berkata pihak JAS Sabah telah membuka stesen pengawasan kualiti udara sementara di Beaufort bagi memantau keadaan jerebu dari masa ke semasa.
Hari ini sebanyak 77 buah sekolah di Beaufort, Membakut, Bisuluk, Papar, Bongawan dan Kuala Penyu ditutup kerana catatan IPU tidak sihat.
Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Metereologi,Keningau setakat pagi ini merekodkan suhu 35.5 darjah selsius, Kota Kinabalu (34.1), Ranau (33.0), Sandakan (32.9), Tawau (32.0) dan Kudat (31.8).