KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi berukuran 5.8dan 5.1 pada skala Richter melanda Indonesia petang Selasa. Gempa bumi pertama berukuran 5.8 skala Richter berlaku di Pulau Tilaud, yang berpusat 111 kilometer (km) barat laut pulau itu dan 833 km timur laut Semporna, Sabah pada 4.29 petang waktu Malaysia. Gempa kedua berukuran 5.1 skala Richter pula berlaku di Halmahera, yang berpusat 141 km barat daya Tidore dan 1,090 km tenggara Semporna pada pada 4.52 petang, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya pada Selasa. Kedua-dua gempa bumi tidak mengakibatkan ancaman tsunami. -Bernama