Dalam kenyataan di sini pada Jumaat, 1MDB menyatakan rasa terkejut dengan komen Pua bahawa beliau hanya berpuas hati '80 peratus' dengan laporan PAC yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.
"1MDB telah memberikan semua dokumen dalam pemilikannya kepada Jabatan Audit Negara (JAN).
"Ia juga telah menjelaskan kepada JAN kenapa dokumen-dokumen lain tidak dapat diperoleh. YB Tony tahu ini semua namun tetap terus mengitar semula kenyataannya," katanya.
Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan dilaporkan berkata beliau hanya 80 peratus berpuas hati dengan laporan jawatankuasa itu mengenai 1MDB kerana, masih terdapat banyak perkara yang belum selesai dengan syarikat itu kerana 1MDB masih belum menyerahkan semua dokumen yang diminta.
PAC dianggotai anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.