suria

Rakyat Malaysia Ditahan, 10,000 Karton Rokok Seludup Dirampas Di Tuas

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki rakyat Malaysia berhubung rampasan 10,000 karton rokok seludup di Pusat Pemeriksaan Tuas, Sabtu lepas.

Rokok terbabit ditemui dalam sebuah treler yang didaftarkan di Malaysia yang diisytiharkan sebagai mengangkut simen.

Suspek berumur 38 tahun itu memandu kenderaan itu yang sarat membawa tangki pembancuh simen pada treler itu apabila ia ditahan oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA). 

Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, ICA dan Kastam Singapura berkata duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang tidak dijelaskan masing-masing berjumlah kira-kira $776,000 (S$1 = RM2.88) dan S$78,000. -- Bernama


Tuas, Singapura, ICA, GST

Artikel Lain