KUCHING: Barisan Nasional Sarawak perlu mengumumkan lapan lagi calon untuk pilihan raya negeri ke-11 selepas mengumumkan 74 calon setakat ini. Lapan calon itu adalah bagi kerusi Tasik Biru, Krian, Meradong, Pakan, Meluan, Pelawan, Marudi dan Ba'Kelalan. Enam daripada kerusi itu pernah ditandingi SPDP pada pilihan raya lalu, pada 2011, iaitu Tasik Biru, Krian, Pakan, Meluan, Marudi dan Ba'Kelalan manakala SUPP pernah bertanding di Meradong dan Pelawan. Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga Pengerusi BN Sarawak, telah mewujudkan duluan dengan menamakan calon-calon parti itu sebelum hari penamaan calon. Suruhanjaya Pilihan Raya dijadual bermesyuarat di Kuching esok untuk membuat keputusan mengenai tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam pilihan raya yang akan menyaksikan pertandingan untuk 82 kerusi, lebih 11 daripada tahun 2011 berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Berikut adalah senarai 74 calon yang diumumkan setakat ini: 1. Tan Sri Adenan Satem (PBB) - Tanjung Datu 2. Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) - Pantai Damai 3. Dr Hazland Abg Hipni (PBB) - Demak Laut 4. Fazaruddin Abdul Rahman (PBB) - Tupong 5. Sharifah Hasidah Sayeed Aman (PBB) - Semariang 6. Datuk Amar Abg Johari Tun Openg (PBB) - Satok 7. Peter Pau (SUPP) - Padungan 8. Milton Foo Tiang Wee (SUPP) - Pending 9. Sih Hua Tong (SUPP) - Batu Lintang 10. Wilfred Yap (SUPP) - Kota Sentosa 11. Lo Khere Chiang (SUPP) - Batu Kitang (kerusi baharu) 12. Datuk Dr. Sim Kui Hian (SUPP) - Batu Kawah 13. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) - Asajaya 14. Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (PBB) - Stakan (kerusi baharu) 15. Datuk Ronald Sagah Wee (PBB) - Tarat 16. Datuk Seri Michael Manyin (PBB) - Tebedu 17. Maclain Ben @ Martin Ben (PBB) - Kedup 18. Aidel Lariwoo (PBB) - Sadong Jaya 19. Datuk Narodin Majais (PBB) - Gedong (kerusi baharu) 20. Julaihi Narawi (PBB) - Sebuyau 21. Simoi Peri (PBB) - Lingga 22. Razali Gapor (PBB) - Beting Maro 23. Snowdan Lawan (PRS) - Balai Ringin 24. Datuk Mong Dagang (PRS) - Bukit Begunan 25. Datuk Francis Harden Hollis (SUPP) - Simanggang 26. Malcom Mussen Lamoh (PRS) - Batang Ai 27. Ricky @ Mohd Razi Sitam (PBB) Saribas 28. Gerald Rentap Alfred Jabu (PBB) Layar 29. Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB) Bukit Saban 30. Datuk Len Talif Salleh (PBB) - Kuala Rajang 31. Abdullah Saidol (PBB) Semop 32. Datuk Seri Huang Tiong Sii (SUPP) Repok 33. Alexander Vincent (PRS) Ngemah 34. Allan Siden Gramong (PBB) Machan 35. Chieng Buong Toon (SUPP) Bukit Assek 36. Dr Annuar Rapaee (PBB) Nangka 37. Datuk Fatimah Abdullah (PBB) Dalat 38. Yussibnosh Balo (PBB) Telian (kerusi baharu) 39. Abdul Yakub Arbi (PBB) Balingian 40. Christopher Gira (PRS) Tamin 41. John Sikie Tayai (PRS) - Kakus 42. Wilson Nyabong Ijang (PRS) Pelagus 43. Tan Sri James Jemut Masing (PRS) Baleh 44. Liwan Lagang (PRS) Belaga 45. Chuk Pai (PRS) Murum (kerusi baharu) 46. Datuk Talip Zulpilip (PBB) Jepak 47. Datuk Dr Stephen Rundi Utom (PBB) Kemena 48. Majang Renggie (PRS) Samalaju (kerusi baharu) 49. Ripin Lamat (PBB) Lambir 50. Datuk Sebastian Ting (SUPP) Piasau 51. Datuk Lee Kim Shin (SUPP) Senadin 52. Dennis Ngau (PBB) Telang Usan 53. Datuk Abdul Rahman Ismail (PBB) Bukit Kota 54. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) Bukit Sari 55. Paulus Gumbang (Teras/calon langsung) - Batu Danau 56. Rosey Yunus (Teras/calon langsung) - Bekenu 57. Datuk Dr Jerip Susil (UPP/calon langsung) - Mambong 58. Dr Johnical Rayong (UPP/calon langsung) - Engkilili 59. Datuk Idris Buang (PBB) Muara Tuang 60. Awla Dris (PBB) Simunjan 61. Shafie Hj Ahmad (PBB) Daro 62. Datuk Dr Juanda Jaya (PBB) Jemoreng 63. Mohd Chee Kadir (PBB) Kabong (kerusi baharu) 64. Jefferson Jamit Unyat (PBB) - Bukit Goram (kerusi baharu) 65. Datuk Abdul Wahab Aziz (PBB) Kalaka 66. Datuk Ambrose Blikau (PBB) Katibas 67. Miro Simuh (PBB/calon langsung) Serembu (kerusi baharu) 68. John Ilus (PBB/calon langsung) - Bukit Semuja (kerusi baharu). 69. Datuk Gerawat Gala (PBB/calon langsung) - Mulu (kerusi baharu) 70. Datuk Pau Chiong Ung (SPDP/calon langsung) Tanjung Batu 71. Ranum Mina (UPP/calon langsung) - Opar 72. Datuk Tiong Thai King (UPP/calon langsung) Dudong 73. Datuk Sri Wong Soon Koh (UPP/calon langsung) Bawang Assan 74. Pujut Datuk Hii King Chiong (UPP/calon langsung) - Pujut Gerald Rentap, 42, dan Allan Siden, 30, akan bertanding di kawasan yang disandang bapa masing-masing, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Gramong Juna, selama sembilan penggal. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Persekutuan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dikatakan bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri jika beliau memenangi kerusi Bukit Saban.