suria

Ahmad Shabery Bantu Mangsa Kemalangan

SIBU: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada petang Sabtu membantu seorang remaja mangsa kemalangan.

Ketika kejadian, Ahmad Shabery bersama anggota rombongannya dalam perjalanan pulang ke hotel selepas melakukan lawatan ke ladang madu Rimbunan Hijau di Kanowit pada kira-kira pukul 5.15 petang Sabtu.

Kemalangan membabitkan kereta Toyota Alza dan kereta Hilux.

Ahmad Shabery turun dari kenderaan yang dinaikinya dan membantu mangsa yang kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Menteri itu bersama anggota rombongannya turut membantu menolak kereta Hilux dari tengah jalan bagi melancarkan lalu lintas.

Ahmad Shabery Cheek

Artikel Lain