JAM tangan jenama mewah dengan harga berpatutan, Ice Watch menampilkan kelainan tersendiri dengan ciri-ciri bergaya dan unik. Jenama dari Belgium ini diedarkan secara eksklusif oleh Kumpulan Habib di Malaysia. Ice Watch yang sering memperkenalkan koleksi baharu dengan pelbagai rekaan dan warna yang ceria merupakan salah satu penaja bagi penganjuran Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016). Ikuti temubual mStar Online mengenai Ice Watch yang kini semakin menarik perhatian penggemar dan pemakai jam di negara ini.