Turut mengaku tidak bersalah adalah dua rakannya, Hafiszudin Mokhtar, 31, dan Razali Shapie, 43.
Seorang lagi rakan mereka, Chairil Anwar Yaacob, 29, pula mengaku bersalah di atas pertuduhan pindaan itu dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan bagi pertuduhan pertama dan penjara sembilan bulan bagi pertuduhan kedua, dari tarikh tangkapan pada 7 Mac 2016.
Mengikut pertuduhan pindaan itu, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin seberat 0.46 gram dan jenis Monoacetylmorphines seberat 0.06 gram di sebuah rumah beralamat RS 38, Jalan Kim Kee di sini, kira-kira 4 petang, 7 Mac 2016.
Majistret Muhammad Hidayat Wahab membenarkan jaminan RM8,500 setiap seorang dengan dua penjamin terhadap kesemua tertuduh dan menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin manakala kesemua tertuduh termasuk Mael tidak diwakili peguam.