suria

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama 520Kg Ganja Di Danok

- Gambar hiasan
SONGKLA: Seorang rakyat Malaysia ditahan bersama-sama 520 kilogram ganja yang disembunyikan dalam perabot yang dimuatkan di dalam trak yang dipandunya di pusat pemeriksaan Imigresen Danok, Sadao, Isnin.

Ketua Tentera Infantri Ke-5 Kolonel Paisan Nusang berkata lelaki itu mendakwa dia dibayar upah RM1,000 untuk membawa dadah terbabit ke Kuala Lumpur.

"Hasil pemeriksaan terhadap trak terbabit, pihak berkuasa menemui 520kg dadah itu dalam 29 bungkusan dianggarkan bernilai 15.6 juta Baht (RM150,000)," katanya kepada pemberita Isnin.

Menurutnya lelaki itu mendakwa dia diupah oleh pengedar dadah Malaysia untuk mengambil dadah berkenaan dari Hatyai dan menyeludupnya masuk ke Malaysia untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

Lelaki itu akan dihadapkan ke Mahkamah Songkhla tidak lama lagi.

Paisan berkata pihak berkuasa Thailand akan meneruskan siasatan mereka bagi mengenal pasti sindiket dadah yang bertanggungjawab dalam kes penyeludupan itu.

Artikel Lain