suria

Sultan Kelantan Berkenan Ziarah Ahmad Yakob Di Hospital

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melawat Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Isnin. Khamis lepas, Ahmad menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya. -fotoBERNAMA
KOTA BAHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menziarahi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, Isnin.

Ketibaan baginda diambut Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk berbual dengan Ahmad yang kini semakin sembuh selepas menjalani pembedahan kepalanya pada Rabu lepas.

Ahmad dimasukkan ke HUSM Selasa lepas setelah mengadu sakit di bahagian kepalanya.

Artikel Lain