suria

63,000 Masih Menunggu Rumah PPR

KUALA LUMPUR: Isu menyewakan unit kediamana Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) kepada warga asing bukan isu baharu namun seolah-olah penyewa yang tidak bertanggungjawab ini semakin 'naik kepala'.

Lebih menyedihkan menurut Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Wan Mohd Ghazali Nor, senarai menunggu yang ingin memohon PPR dan PA kini mencecah kira-kira 63,000 orang.

Wan Mohd Ghazali berkata beliau kesal dengan tindakan segelintir penyewa yang dilihat tidak bertanggungjawab dengan menyewakan unit mereka semata-mata ingin mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Sedangkan, usaha kerajaan yang murni untuk membantu golongan yang susah diselewengkan dan akhirnya orang yang benar-benar memerlukan rumah itu terpaksa menunggu giliran yang panjang.

"Kalau dah ada rumah, serah balik kepada DBKL, ramai lagi yang susah yang memerlukan rumah itu," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Ketika mengulas mengenai gambar iklan sewa rumah PPR yang diviralkan di laman media sosial baru-baru ini, Wan Mohd berkata hasil daripada siasatan awal, kebanyakan unit yang diiklankan itu merupakan unit-unit PPR yang telah dijual kepada pemohon yang layak.

Bagaimanapun, beliau berkata biarpun kediaman tersebut telah dibeli, namun apa yang tertera di dalam kontrak sewa beli adalah pemilik yang ingin menyewakan kediaman mereka perlu mendapat kebenaran daripada pihak DBKL. 

Katanya, ia bagi memastikan bahawa unit itu tidak disewakan kepada warga asing.

Bancian DBKL mendapati hanya 12,700 unit rumah PPR dan PA bernilai dari  RM22,500 hingga RM35,000 sebuah sahaja telah dijual kepada pemohon yang layak sejak enam tahun lepas.-- Bernama

PPR, DBKL, Wan Mohd Ghazali Nor

Artikel Berikut

Artikel Lain