PETALING JAYA: Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur masih berusaha untuk mengenal pasti identiti wanita yang didakwa menculik Puteri Nurkyra Izam Abdullah. Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata, Kedutaan telah menghubungi Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari untuk mengesahkan kejadian itu. "Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Asisten Komisioner Muhammad Azlin, wanita Indonesia itu hanya dikenali sebagai Aziza (Azizah) dan berasal dari Sumatera Utara". Bagaimanapun Herman berkata, wanita itu tidak mempunyai dokumen yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang warga Indonesia. Katanya, Kedutaan telah menghantar seorang peguam untuk berhubung dengan pegawai penyiasat bagi kes itu. "Kami juga akan terus memantau kes itu dan akan bekerjasama dengan polis Malaysia," katanya. Pada Selasa, kanak-kanak berusia 12 tahun, yang dikenali Kyra oleh keluarganya, didapati hilang dari rumahnya di SS19 pada pukul 5.30 pagi bersama wanita itu yang hanya dikenali sebagai Azizah. Mereka kemudiannya ditemui oleh pihak polis dengan bantuan kariah Masjid Al-Rahman di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur lewat Selasa malam.