Pengeluaran Pendidikan ini merupakan pengeluaran kedua selepas Pengeluaran Perumahan menerusi e-Pengeluaran yang menyaksikan pertambahan jumlah penyertaan institusi perbankan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata e-Pengeluaran merupakan perkhidmatan terbaru KWSP yang membolehkan ahli yang mempunyai i-Akaun mengemukakan permohonan pengeluaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
"Setiap suku tahun, jumlah permohonan pengeluaran, terutama Pengeluaran Perumahan mencatatkan peningkatan, dan justeru itu kami melihat perlunya untuk memudahkan proses dan memendekkan tempoh pengeluaran menerusi e-Pengeluaran," katanya menerusi satu kenyataan.
KWSP juga mendapati lebih banyak institusi kewangan menyertai dalam e-Pengeluaran, termasuk RHB Islamic, Maybank, Bank Islam, Oversea-Chinese Banking Corporation, Bank Simpanan Nasional, Ambank, dan United Overseas Bank, katanya.