KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan 35 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang kecuali baki lima kerusi. Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata rundingan sedang dijalankan mengenai siapa yang akan bertanding bagi lima kerusi berkenaan kerana terdapat pertindihan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut. "Kami masih mempunyai dua hari untuk rundingan, dan kami pasti akan membuat keputusan dalam tempoh itu," katanya di sini Jumaat. Tambah beliau adalah normal jika berlaku pertindihan kerusi dalam politik. Peruntukan kerusi kepada pembangkang pada PRN kali ni ialah 30 untuk DAP, PKR (40) dan Parti Amanah Negara (13). Berikut adalah senarai 35 calon PKR: Opar - Francis Teron Kadap Tanjong Datu - Jazolkipli Numan Pantai Damai - Morni Samsudin Tupong - Nurhanim Mokhsen Satok - Mohamed Salleh Shawkatali Batu Lintang - See Chee How Batu Kitang - Voon Shiak Ni Asajaya - Abang Junaidi Abang Gom Serembu - Athina Klaywa Sim Tarat - Musa Ngog Tebedu - Alex Saben Nipong @ Nyipong Simunjan - Jamilah Baharuddin Lingga - Abang Zulkifli Abang Engkeh Balai Ringin - Nicholas Mujah Ason Bukit Begunan - Jubri Atak Engkilili - Nicholas Bawin Batang Ai - Kolien Liong Saribas - Yakup Daud Layar - Vernon Albert Kedit Bukit Saban - Noel Changgai Bucking Kalaka - Jemat Panjang Krian - Ali Biju Meluan - Semana Sawang Machan - Chen Nguk Fa Nangka - Abdul Raafidin Majadi Tamin - Simon Joseph Kakus - Joshua Jabing @ Jabeng Jepak - Abdul Jalil Bujang Bekenu - Bill Kayong Lambir - Mohdak Ismail Marudi - Elia Bit Telang Usan - Roland Engan Ba'kelalan - Baru Bian Belaga - Alex Lihan Bukit Sari - Jamal Brahim