suria

PRN Sarawak: Presiden SPDP Beri Amaran Jangan Sabotaj BN

Tiong King Sing.

MIRI: Jangan cuba untuk mensabotaj atau melakukan serangan politik terhadap Barisan Nasional (BN), demikian amaran Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing kepada mereka yang tidak dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya negeri Sarawak.

King Sing berkata, menimbulkan pergolakan dalaman di peringkat akar umbi pada waktu penting semasa dalam pilihan raya negeri akan merosakkan BN.

"Saya menggesa semua yang digugurkan sebagai calon dan mereka yang mahu menjadi calon tetapi tidak dipilij supaya mengetepikan kekecewaan mereka dan membantu calon yang dipilih.

"Berilah kerjasama dengan calon-calon BN dan kempen BN dalam semua parti komponen.

"Ia bagi memastikan kemenangan BN. Marilah kita menumpukan masa, tenaga dan fikiran ke arah menjamin kemenangan untuk BN Sarawak pada hari mengundi 7 Mei," kata King Sing.

Tiong King Sing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain