PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilarang masuk ke Sabah pada Sabtu. "Saya kena gam (dilarang) masuk Sabah. Sarawak dah lama gam, sekarang Sabah pula. "Lain kali saya sampai Labuan je lah ambil bot ke Menumbok," kata Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Twitternya pada Sabtu. Tambah Rafizi, beliau akan membuat video ceramah khas di Beaufort yang dijadualkan pada Ahad. "Saya akan buat video ceramah khas kepada sahabat di Beaufort untuk ceramah malam esok. Ceramah tetap diteruskan. Saya akan photoshop nampak kurus," katanya lagi di Twitter.