SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan operasi pembenihan awam sekiranya perlu berikutan musim kemarau, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Menteri Besar Selangor itu berkata kerajaan negeri telah melaksanakan operasi pembenihan awan dua kali sehari sejak tahun lepas untuk meningkatkan paras air di empangan. "Kami juga bimbang paras air di beberapa kawasan takungan air. "Kami memutuskan untuk menambah operasi pembenihan awam sekiranya perlu," katanya selepas melawat rumah pangsa kos rendah di Seksyen 28 di sini Ahad. Azmin berkata RM5 juta dibelanjakan untuk operasi pembenihan awam sejak tahun lepas dan operasi itu telah membuahkan hasil dalam meningkatkan paras air di empangan. "Sudah tentu kita perlu melakukan lebih banyak jika mahu meningkatkan kadar hujan di Selangor. "Malah kita juga telah mengadakan mesyuarat khas minggu lepas selepas air di beberapa empangan berada pada paras yang rendah dan langkah diambil untuk menangani masalah ini," katanya. Azmin berkata ini termasuk pembinaan HORAS (Sistem Penambahan Luar Sungai Hibrid) yang boleh membekalkan kira-kira 600 juta liter air setiap hari. Menurut Azmin, kolam takungan air di Bestari Jaya turut membolehkan air dipam ke dalam sungai di Selangor sekiranya diperlukan. Dalam perkembangan berasingan, Azmin berkata sejumlah 1,000 tong sampah baharu akan disediakan di semua rumah pangsa kos rendah di Selangor terutama kawasan panas wabak denggi untuk pelupusan sampah yang lebih baik bagi membendung gejala penyakit tersebut. "Tong sampah lama dan rosak menyebabkan sampah sarap dihanyutkan dan longkang tersumbat sekali gus menggalakkan pembiakan nyamuk," katanya.