KUCHING: Berikut adalah kronologi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 yang berlangsung awal pagi Isnin: 10.18 pagi: Adenan dan calon PKR, Jazolkipli Numan disahkan bertanding di DUN Tanjong Datu. 10.00 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tanjong Datu, Hamsien Atar mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup. 9.30 pagi: Adenan selesai menyerahkan borang. 9.25 pagi: Adnan masuk ke pusat penamaan calon. 9 pagi: Kesemua 82 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dibuka. Proses penamaan calon akan berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi. 8.57 pagi : Penyokong BN bersiap sedia berarak mengiringi Tan Sri Adenan Satem di Masjid Darul Taqwa, Lundu. 8.30 pagi: Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Rumah Kesihatan Kerajaan Lundu (Gading). Beliau akan mengiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu. 8 pagi: Suasana di pusat penamaan calon bagi DUN Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu.