suria

Nasi Kandar Line Clear Tulen Adalah LC Restoran - Pemilik

KUALA LUMPUR: Restoran nasi kandar terkenal dari Pulau Pinang, Line Clear yang beroperasi di Kampung Baru di sini sejak tiga bulan lalu kini mahu dikenali sebagai LC Restoran.

Pengurus LC Restoran, Salim Madinah berkata, penjenamaan semula itu dibuat bagi memastikan resepi turun-temurun terjaga serta nama restoran itu yang dikenali sebagai Line Clear tidak  disalah guna.

"Kami ingin memberi penjelasan bahawa selain daripada LC Restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Penang Road, Pulau Pinang tidak ada lagi restoran kami yang lain.

"Kami membuat pengumuman ini kerana terdapat kekeliruan apabila sebuah restoran yang beroperasi di Ampang Point telah menggunakan nama Line Clear.

"Malah kami menegaskan bahawa semua restoran di Bukit Bintang, Johor Bahru, Melaka dan beberapa tempat lain yang menggunakan nama Line Clear selain daripada Kampung Baru dan Penang Road adalah bukan restoran kami.

"Ianya telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

LC Restoran mula dibuka pada Januari lalu dan diuruskan oleh empat orang sepupu, Zainol Alam Abdul Hamid Salim Madinah, Lokman Madinah, dan Faisal Akbar Ali, sebahagian daripada keluarga yang mengusahakan gerai asal Line Clear di George Town sejak tahun 1949.

LC Restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Line Clear, Nasi Kandar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain