"Sebab itulah kami telah mengambil tindakan terhadap wartawan Malaysiakini kerana cuba membangkitkan isu-isu agama," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pemberita, Selasa.
"Kami telah mengambil keterangan daripada wartawan itu dan sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai tindakan lanjut.
"Saya ingin menasihatkan pihak media dan orang ramai bahawa isu-isu agama adalah sensitif dan tidak boleh dimainkan oleh sesiapa pun.
Polis Sarawak melancarkan siasatan di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam selepas enam laporan polis dibuat berhubung artikel Malaysiakini yang memetik Adun Nangka Dr Annuar Rapaee.