Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sree Muneeswarar Amman A. Silvanathan berkata jawatankuasa tidak menolak bantuan RM30,000 itu.
Bantuan itu ditawarkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak Datuk Dr Mah Hang Soon yang melawat kuil itu pada Isnin lepas.
Pada sidang media Selasa, Silvanathan berkata jawatankuasa menerima bantuan itu, tetapi bersyarat.
Seorang lelaki berumur 29 tahun dipercayai mengalami masalah mental telah memecahkan beberapa patung di kuil di Jalan Hospital itu pada kira-kira 5 petang dan kemudian melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus sebelum terbabas dan melanggar perhentian bas.
Polis menahan lelaki itu dan menghantarnya ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan perubatan.