suria

Malaysia Kutuk Pembunuhan Warga Kanada Oleh Kumpulan Abu Sayyaf

Warga Kanada John Ridsdel dipenggal kepala oleh Kumpulan Abu Sayyaf pada Isnin.

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan seorang warga Kanada yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf diselatan Filipina pada September tahun lepas.

Kementerian Luar berkata Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah yangmendalam kepada kerajaan dan rakyat Kanada dan kepada keluarga John Ridsdel yang dipenggal kepalanya pada Isnin.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementerian berkata kerajaan Malaysia menggesa kerajaan Filipina supaya mempertingkatkan usaha untuk membawa pelaku jenayah ituke muka pengadilan.

Kementerian berkata kerajaan Malaysia juga menggesa kerajaan Filipina meneruskan usaha bagi membebaskan baki tebusan-tebusan yang ditahan oleh kumpulan tersebut.

Ridsdel, 68, diculik dari sebuah marina dekat bandaraya Davao bersama seoranmg lagi rakyat Kanada, Robert Hall, warga Norway Kjartan Sekkingstad dan seorang wanita warga Filipina, Marites Flor yang juga teman wanita Hall.

Mereka dibawa sejauh 500 km (300 batu) ke pulau Jolo.

Kumpulan Abu Sayyaf menyiarkan rakaman video pada November yang menuntut wang tebusan US$80 juta bagi pembebasan mereka.

Kumpulan tersebut mengancam untuk membunuh seorang tebusan lelaki pada 25 April jika wang tebusan tidak dibayar.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyifatkan tindakan memenggal kepala tebusan itu sebagai satu "pembunuhan kejam".

Artikel Lain