KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif menghadiri acara rasmi awam pertamanya pada Jumaat sejak gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik. Ahmad Razif diberi sambutan hangat oleh kira-kira 200 orang semasa majlis pecah tanah Pusat Perniagaan Halal Terengganu. Ahmad Razif disambut sebaik sahaja keretanya tiba di lokasi majlis dengan ramai yang datang menghampiri beliau untuk bersalam-salaman. Istana negeri secara rasmi mengumumkan pembatalan gelarannya oleh Sultan Mizan Zainal Abidin melalui satu kenyataan pada Isnin. Pada Rabu, Ahmad, yang juga Adun Seberang Takir berkata beliau menjalankan urusan seperti biasa dan langkah seterusnya adalah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Mizan membuat keputusan.