suria

Polis Tahan Lelaki Hina Islam Di Facebook

IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini, Khamis.

Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata, polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag 'pouch' biru daripada suspek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis malam.

Pada Selasa lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama 'Gunalan Muniandy' dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap. - Bernama

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan