Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata suspek ditahan di rumahnya di Jerteh semalam.
Beliau berkata kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dipercayai sering dipukul hingga lebam pada pipi dan badan.
"Ibu mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut kepada suaminya. Dia hanya akan menyapu ubat pada anaknya setelah suaminya keluar bekerja," katanya kepada pemberita.
Kes kanak-kanak tersebut kini mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut menghantarnya untuk mendapat rawatan di Hospital Besut.