KUALA LUMPUR: Malam kemuncak Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) berlangsung gilang-gemilang dengan persoalan siapakah yang dipilih mengungguli 18 kategori yang dipertandingkan akhirnya terjawab. Diserikan dengan kehadiran artis, selebriti, atlet dan personaliti popular tanahair, pentas Auditorium P.Ramlee menyaksikan nama Akim & The Majistret diumumkan sebagai Personaliti Terunggul APO2016. Sesuai dengan tema 'Glam Digital' dan era teknologi masa kini, APO 2016 yang bersiaran secara langsung di TV2 pada pukul 9 malam telah bermula seawal pukul 7.30 malam di mana ia disiarkan menerusi live streaming dan saluran TVi (180 Astro). Pengasas produk Dnars Faziani Rohban dan suaminya ditemubual oleh penyampai radio Suria FM, Linda Onn dan Brian. Melalui saluran ini, penonton di rumah dapat menyaksikan finalis dan artis jemputan bertemu dengan peminat, penyokong dan pengundi mereka sambil berjalan di permaidani ungu menggayakan fesyen masing-masing. Antara fesyen yang menarik perhatian pada malam ini termasuk yang digayakan Ayda Jebat, Erra Fazira, Siti Nordiana, Fattah Amin, Radin Era FM, Mia Ahmad, Zizan Razak, Mira Filzah, De Fam dan finalis kategori Media Sosial, Ucop. Tepat jam 9 malam, bahang kemuncak APO 2016 mula dirasa apabila Adibah Noor yang juga hos membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Pilihlah Aku, diikuti aksi bertenaga One Nation Emcee menyampaikan irama yang pernah menjadi siulan ramai, Fiona, Awas dan Raja Gelek. Ella secara spontan meminta pelakon Ayda jebat menyanyikan lagunya Gemilang. Persembahan kemudian dihebatkan lagi apabila Mimi One Nation Emcee mendendangkan lagu tema Dnars. Malam acara ini makin meriah apabila dua lagi hos, masing-masing penyampai Suria FM, Baki Zainal dan selebriti, Awal Ashaari tampil ke pentas bersama penaja utama APO2016, Faziani Rohban. Anugerah yang julung kali diadakan itu dengan tema 'Glam Digital' ditonjolkan di pentas utama dengan penggunaan banyak elemen digital dan gemerlapan lampu warna-warni sebagai latar. Siapa sangka pelakon Adi Putra mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian. Tidak Menghampakan Acara anjuran bersama portal mStar Online dan Suria FM di bawah Star Media Group Berhad ini menyerahkan 100 peratus undian dibuat secara online turut memilih ramai bakat baharu untuk tampil di pentas mengadakan persembahan diiringi pemuzik secara langsung. Pujian harus diberikan kerana mereka mampu memberi persembahan yang menghiburkan dengan gaya serta dendangan lagu popular masing-masing. Antaranya penyanyi yang dicungkil bakatnya dari YouTube iaitu Wani, Tasha Mansahar dan Najwa Latif yang membuat penonton di auditorium turut menyanyi bersama. Pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo turut meluangkan masa menghadiri APO 2016. Penonton juga teruja apabila pelakon Amar Bahrin dan Adi Putra dengan gaya bersahaja, berdiri bukan sebagai pelakon tetapi sebagai penyanyi di pentas APO 2016. Artis baharu lain yang membuat persembahan termasuk Ronnie, Iwere dan Altimet, Syamel, Sandra. Dominasi Bakat Baharu Berdasarkan keputusan yang diumumkan, APO2016 memperlihatkan bagaimana artis baharu dan muda mendominasi malam anugerah ini. Faziani dan suami, Ahmad Shah Rizal bersama Ketua Pegawai Operasi Star Media Group, Calvin Kan. Jelas sekali peminat mereka telah menggunakan sepenuhnya platform media sosial untuk menterjemahkan sokongan terhadap artis pilihan dengan cara mengundi. Netizen dan media sosial bagai mempunyai 'kuasa luar biasa' apabila gabungan kedua-duanya mampu mengenepikan beberapa calon 'otai' bagi beberapa kategori penting. Ini dapat dilihat menerusi keputusan bagi kategori Aktor Terbaik Pilihan Online dan Lelaki Tampan Pilihan Dnars yang menyaksikan Saharul Ridzwan mendapat undian tertinggi, menewaskan calon berpotensi Shaheizy Sam, Adi Putra, Aaron Aziz dan Zizan Razak. Amar Baharin menyampaikan lagu Cinta. Begitu juga bagi kategori Aktres Terbaik Pilihan Online di mana dominasi bakat muda dan baharu ini dapat dilihat dengan ketara selepas pencalonan awal berakhir. Finalis Top 5 kategori ini semuanya terdiri daripada pelakon baharu Mia Ahmad, Janna Nick, Zara Zya, Mira Filzah dan Ayda Jebat. Kategori ini dimenangi oleh Mia Ahmad. Pengacara APO 2016; Awal Ashaari, Adibah Noor dan Baki Zainal. Mia Ahmad sekali lagi menunjukkan popularitinya apabila beliau turut menang bagi kategori Wanita Anggun Pilihan Dnars, mengenepikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin,Janna Nick, Siti Nordiana dan Mira Filzah. Lama Yang Berbisa, Bertenaga APO 2016 bagaimanapun tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dan persembahan artis-artis ternama yang memeriahkan auditorium. Tidak perlu dipertikaikan lagi, vokal Dayang Nurfaizah menerusi persembahan tribute untuk Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang juga mentornya begitu memukau. Persembahan bertenaga Hazam dan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Bangkit. Begitu juga dengan Ella yang tampil dengan gayanya tersendiri menyampaikan lagu Gemilang dan Layar Impian. Penonton turut teruja dengan vokal mantap Azlan ketika membawakan lagu Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza memenangi kategori Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online dan Ikon Fesyen Pilihan Online. Penonton yang memenuhi ruang Auditorium Perdana, Angkasapuri. Bagaimanapun penyanyi yang ketika ini berehat panjang daripada sebarang aktiviti seni diwakili kakaknya, Siti Norsaida. Begitu juga bagi kategori Penyampai Radio Pilihan Online di mana Fara Fauzana masih tidak mampu disaingi calon penyampai lain. Antara nama-nama besar yang masih menjadi pilihan adalah Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Neelofa, Datuk Fazley Yaakob. Pemenang bergambar kenangan bersama Faziani, Ahmad Shah Rizal dan Pengarang Ekskutif mStar, Rozaid Abdul Rahman. Iktiraf 'Personaliti Tersembunyi' Berbeza dengan anugerah lain, APO 2016 turut mengiktiraf individu popular di Malaysia yang 'tersembunyi'. Ini dapat dilihat melalui kategori Blog Pilihan Online dan Selebriti Media Sosial Pilihan Online. Jika selama ini orang ramai hanya menghargai dan mengiktiraf karya kreatif dan penulisan finalisnya, APO 2016 membuat pembaharuan dengan mengiktiraf individu di sebalik tabir karya mereka itu.