suria

Cuaca Panas Bertukar Gelap Di Kuala Lumpur

Keadaan di Jalan Klang lama pukul 4.30 petang Isnin.Foto: Chan Tak Kong / Starpic

PETALING JAYA: Hujan lebat yang melanda ibu negara pada petang Isnin mengurangkan tahap kepanasan disebabkan fenomena El Nino, namun berlaku pula banjir kilat di beberapa lokasi  di Kuala Lumpur.

Ribut petir yang melanda menyebabkan awan mendung melindungi matahari menjadikan cuaca gelap seperti waktu malam.

Star Traffic
melaporkan banjir kilat berlaku di sepanjang Jalan Gasing menuju ke Jalan Universiti.

Turut dilaporkan berlaku banjir kilat di Kuchai Lama menyebabkan kesesakan lalulintas.

Selain itu,  jalan raya Puchong-Sungai Besi selepas Taman Bukit Jalil turut berlaku kesesakan di kedua-dua arah.

Orang awam boleh melaporkan maklumat terkini mengenai kesesakan lalu lintas menerusi laman rasmi Twitter Star Traffic twitter.com/mytraffic (03-77251133).

Banjir Kilat

Artikel Lain