suria

Dua Karya Terbaharu Anwar Ridwan Kini Di Pasaran

Anwar Ridwan.

PETALING JAYA: Sasterawan Negara Ke-10, Datuk Dr Anwar Ridwan kini kembali menemui peminatnya dengan dua karya terbaharu berjudul Potpurri: Budaya, Sastera & Seni (Jilid I,II,III) dan Budaya & Rakyat pada Rabu.

Majlis pelancaran dua karya tersebut diadakan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2016) bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Karya berjudul Potpurri: Budaya, Sastera & Seni (Jilid I,II,III) menghimpunkan 140 judul artikel hasil penulisan dengan tema dan skop perbicaraan yang hampir sama tetapi dibezakan mengikut konteks yang bersesuaian.

Sebuah lagi karya beliau, Budaya & Rakyat, terbitan AR Matrix menampilkan 60 artikel mengenai bahasa, seni dan budaya.

Ianya dibahagikan kepada empat isu pertama dalam masyarakat iaitu bahasa, dunia, dunia perbukuaan, sastera & seni serta sosial.

Isu-isu yang ditulis dalam kedua-dua karya itu meliputi masyarakat majmuk Malaysia.

Terdahulu, karya tersebut disempurnakan Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Amirudin Shari.

Turut hadir Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron dan pengulas karya itu, Datuk Rahman Shaari.

Buku yang diterbitkan melalui Dana Sastera Selangor ini turut memuatkan himpunan artikel Anwar Ridhwan dalam akhbar Berita Harian.

Pentas PBAKL 2016 merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan karya Anwar Ridwan kepada masyarakat seterusnya menjadi anekdot tambahan kepada khalayak sastera dalam memahami dan mempelajari isu bahasa, budaya serta sastera tempatan.

Karya Potpuri: Budaya, Sastera & Seni bagi Jilid I dan Jilid II dijual dengan harga RM33.00 dan RM38.00 (Sabah & Sarawak) manakala Jilid III dijual dengan harga RM28.00 dan RM32.00 (Sabah & Sarawak) ,II ,III). 

Buku ini boleh didapati di Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) atau boleh layari www.itbm.com.my.

Pesanan juga boleh dibuat melalui melalui aplikasi Whatsapp di talian 019-221 9015 (Shida).


sasterwan negara, buku, Anwar Ridwan

Artikel Lain