KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau tidak dapat menghadiri beberapa majlis yang dijadualkan pada Khamis akibat "demam dan pening". Berikutan jadual yang padat dalam tempoh tiga minggu lepas, doktor menasihatkan saya supaya berehat hari ini (Khamis), katanya pada sidang media di sini. "Saya menjelajah ke seluruh negeri...saya sangat sibuk. Ia memberi kesan terhadap kesihatan saya. Oleh itu, doktor menasihatkan saya supaya berehat hari ini (Khamis)...saya telah mengambil ubat. "(Kini) saya kelihatan segar dan saya nampak kacak seperti sebelum ini," katanya sambil tersenyum. Adenan turut menyebut beliau hampir menemui ajal tiga tahun lepas kerana masalah jantung, dan berkata: "Tuhan memberi saya peluang dan petunjuk agar melakukan lebih banyak lagi untuk rakyat Sarawak. "Adenan kini sangat sibuk mengetuai kempen Barisan Nasional menghadapi pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini. - BERNAMA