suria

Nahas Helikopter: Rohani Karim Menangis Atas Pentas

PETALING JAYA:  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menangis ketika berada di atas pentas dalam satu majlis di Lundu, Sarawak pada pagi Jumaat.

Ahli Parlimen Batang Lupar itu tidak dapat menahan kesedihan selepas mendapat khabar mengenai nasib penumpang helikopter yang hilang sejak petang Khamis.

Rohani kemudian terpaksa ditenangkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang duduk di sebelahnya.

Beliau menghadiri majlis tersebut bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Santubong.

Rohani tidak dapat menyembunyikan kesedihan selepas dimaklumkan mengenai penemuan mayat wanita yang merupakan mangsa nahas helikopter yang dinaiki oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama empat yang lain.

Selain Noriah, turut berada dalam pesawat itu ialah suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Artikel Lain