Jurucakap KTMB berkata perkhidmatan KTM Komuter di laluan Rawang-Tanjung Malim dan perkhidmatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang mengalami gangguan akibat insiden itu, kembali beroperasi seperti biasa.
"Orang awam boleh menaiki tren di semua laluan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.
Pada Sabtu, dua tren KTMB terbabit kemalangan selepas bergesel di Km322 di Kuala Kubu Baharu namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Hanya tiga penumpang cedera ringan dalam kejadian itu.
Gerabak tren yang rosak akibat kemalangan itu (di lokasi kejadian) sedang dalam proses pengalihan dan baik pulih, kata jurucakap itu.