Mohd Amar berkata, PKR perlu berkerjasama dengan blok ketiga pembangkang, yang terdiri daripada PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), dalam usaha untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN).
"Jika ini menjadi kenyataan, ia akan mengukuhkan blok ketiga untuk menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-14," katanya.
Kerjasama PAS dan Ikatan dianggap sebagai kuasa politik utama yang ketiga selepas BN dan Pakatan Harapan, yang terdiri daripada DAP, PKR dan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah).
Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azmin bahawa PKR cuba mengajak PAS berbincang untuk menyertai Pakatan Harapan.
Azmin, yang juga menteri besar Selangor berkata Majlis Tertinggi PKR secara kolektif meluluskan satu resolusi untuk membuka keanggotaan Pakatan Harapan kepada parti lain bagi mengukuhkan pembangkang.