suria

Kerajaan Akan Lunas Semua Obligasi Hutang - Gabenor BNM

Datuk Muhammad Ibrahim
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim melahirkan keyakinan hari ini kerajaan akan melunaskan semua obligasi hutangnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tarikh akhir bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk membuat pembayaran kupon bagi bon AS$1.75 bilionnya, yang matang hari ini.

"Saya yakin kerajaan akan melunaskan semua obligasi hutangnya," katanya kepada pemberita di luar acara Forum Kewangan Islam Global 5.0 di sini, Rabu.

Muhammad juga berkata dengan penyelesaian 1MDB, ia akan menambah baik sentimen pasaran.

1MDB perlu membuat pembayaran faedah sebanyak AS$52.4 juta bagi bon kedua AS$1.75 bilion yang diterbitkannya, pada pukul 5 petang waktu London hari ini (1 pagi Khamis waktu Malaysia).

Bon itu diterbitkan oleh 1MDB Energy Ltd, dengan hasil disalurkan bagi membeli aset kuasa.

Bon kedua itu, bersama dengan terbitan pertama US$1.75 bilion oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd, dengan 5.75 peratus kadar kupon matang pada 2022, disusun oleh Goldman Sachs dan dijamin bersama oleh International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi.

Pada 25 April, 1MDB gagal melunaskan pembayaran kupon US$50 juta bagi 5.75 peratus bon yang matang pada 2022, berikutan pertikaian dengan IPIC.

Artikel Lain