Mangsa B. Umashanker, 31, dari Melaka maut di tempat kejadian akibat tersepit pada bahagian kepala lori yang dipandunya, sementara pemandu lori balak, Mohd Radzi Awang, 49, terselamat.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam kejadian pada lebih kurang 6.30 pagi itu Umashanker dipercayai gagal memotong treler yang berada di hadapannya.
"Oleh kerana jarak terlalu dekat menyebabkan lori yang dipandu mangsa terlanggar bahagian belakang treler tersebut.
Mayat mangsa dihantar ke hospital Taiping untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.