Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata beliau menolak dakwaan yang dilemparkan segelintir pihak, malah menegaskan parti itu masih menerima sokongan kuat di peringkat akar umbi.
"Setakat ini, perkembangan adalah positif walaupun sebelum ini dikatakan akan ada 10 wakil rakyat PAS akan keluar parti namun sehingga kini masih tiada apa-apa.
"Apa yang saya lihat sokongan di seluruh negeri masih kuat dan kita juga membuat tindakan memperkukuhkan jemaah," katanya ditemui pemberita selepas majlis perasmian Karnival Bio Kelantan 2016 di sini, Khamis.
Sebelum ini, Husam lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.
Dalam pada itu, Che Abdullah turut meminta anggota parti itu yang telah menyertai atau condong kepada parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara agar kembali ke pangkuan PAS.