suria

Pesawat Kargo Terbesar Dunia Singgah Di KLIA

SEPANG: Pesawat kargo terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, Selangor pada pukul 8.30 pagi, Sabtu ini.

Pengurus Besar Korporat Komunikasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Nik Anis Nik Zakaria berkata, pesawat itu berada di KLIA untuk mengisi minyak.

Pesawat gergasi itu membawa muatan generator dengan berat mencecah 130 tan dari Prague, Republik Czech dan akan menghantarnya ke Perth, Australia pada Ahad.

Terdahulu, pengangkutan udara seberat 640 tan berhenti di Turkmenistan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad pada Khamis.

Pesawat dengan enam enjin turbo yang dibina pada 1988 oleh Ukraine itu khusus untuk projek kapal angkasa yang dikenali sebagai 'Buran'.

Bagaimanapun, program Buran terpaksa ditamatkan dan pada 2001 pesawat itu dibaikpulih dan penggunaannya diaktifkan semula.--Reuters






Antonov, KLIA, Buran

Artikel Berikut

Ancaman Kepupusan Penyu

Artikel Lain