suria

Sejuta Tandatangan Deklarasi Rakyat Tak Beri Kesan - Ku Nan

KUALA LUMPUR: Sejuta tandatangan pengisytiharan Deklarasi Rakyat yang didakwa dicapai Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentang Perdana Menteri tidak akan memberi sebarang kesan, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bercakap kepada wartawan di Parlimen pada Isnin, Setiausaha Agong Umno itu berkata, jumlah itu adalah tidak penting kerana ia hanya melambangkan sebahagian kecil penduduk negara ini yang mencecah hampir 30 juta.

Mengenai dakwaan adanya penuntut universiti menandatangani Deklarasi Rakyat, Tengku Adnan berkata, perkara itu bukannya perkara utama yang perlu diberi perhatian.

Sebaliknya, beliau berkata, besar kemungkinan pelajar terlibat menandatanganinya kerana tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, jumlah tandatangan yang disahkan menerusi dalam talian pada Khamis mencapai 1,071,997 dengan lebih 200,000 yang berbuat demikian di atas kertas.

Bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa gerakan itu telah mencapai sasaran awal dalam tempoh dua bulan walaupun ia memberi tempoh sehingga setahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain